Dari
segi sejarah, penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) bermula dengan tertubuhnya
Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun
1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan
konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)
di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pada
tahun 1986, nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD).
Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD
ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan
dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan
pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat
menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar
dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).
Seterusnya
pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan
menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina
dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG telah
dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi
mengalak kekeliruan pada istilah “Daerah”, memberi gambaran sebenar tentang
aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada Tahun 1995 PKG telah menerima
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengikhtirafan di atas kejayaan yang
telah dicapai.
Berdasarkan
pekeiling KP(PP)0050/126/1Jld.7(23) bertarikh pada 30.10.1995, mulai 01.01.1996
PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN sekarang dikenali dengan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), sementara PSPN pula diletakkan di
bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.
No comments:
Post a Comment