Monday 9 May 2016

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Peringkat Negeri Perak 2016



Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Program KM1M 2016 akan diadakan selama 3 hari iaitu 4 hingga 6 April 2016 dengan Tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“.

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.


Tuesday 5 April 2016

Kutipan Data NILAM 2016



Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sebagai urus setia Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca bertanggungjawab untuk mengumpul dan seterusnya melapor pencapaian Program NILAM.

Sehubungan dengan itu, untuk memastikan keselamatan data. BTP telah memutuskan tidak akan menggunakan Sistem i-NILAM untuk tujuan kutipan data mulai tahun 2016. 
BTP telah menyediakan satu templat interim untuk mengutip data NILAM bagi menggantikan proses kutipan data sedia ada. 

Kutipan data akan dilaksanakan setiap suku tahun (Mac, Jun, September dan Disember) untuk tujuan pelaporan.Bersama-sama ini disertakan templat kutipan data NILAM untuk tindakan tuan.

Klik di sini untuk muat turun

Thursday 24 March 2016

IMPORT MAKLUMAT MURID KE DALAM VLE


Dimaklumkan sistem 1BestariNet telah dipertingkatkan dengan pertambahan fungsi bagi pengemaskinian maklumat murid yang membolehkan setiap sekolah mengimport data murid terkini ke dalam VLE daripada pangkalan data APDM. 

Pentadbir VLE di sekolah kini dapat mengimport maklumat murid ke dalam VLE secara pukal melalui fungsi import yang terdapat di dalam aplikasi ‘Users’. Dengan pertambahan fungsi ini, proses import maklumat murid ke dalam VLE dapat dilakukan sendiri oleh Pentadbir VLE di setiap sekolah dengan menggunakan data murid yang diinput di peringkat sekolah masing-masing. 

Proses ini membolehkan: 
  1.  Pengemaskinian dilakukan untuk semua kelas dan murid di sekolah terbabit.
  2.  Pertambahan maklumat semua murid baru  
  3.  Pengemaskinian tingkatan/ kelas murid, dan Pembetulan sebarang kesilapan data atau maklumat yang tidak lengkap untuk murid tersebut. 
 Jika pihak sekolah mempunyai sebarang pertanyaan ataupun menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan proses import maklumat murid ini, sila hubungi meja bantuan 1BestariNet di nombor talian atau emel yang tertera di bawah. Terima Kasih. 
Email: moesupport@ytlcomms.my 
No. Telefon:  018-7998787 
 Waktu Operasi:  Isnin – Jumaat (termasuk Cuti Awam) 7am-10pm

Tatacara pelaksanaan proses import maklumat murid boleh muat turun di sini. Pihak sekolah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami panduan yang telah disediakan ini terlebih dahulu, sebelum melaksanakan proses import di sekolah masing-masing. 

Wednesday 23 March 2016

EDARAN PERISIAN MICROSOFT PROFESSIONAL PLUS 2016 (32 BIT DAN 64 BIT) DAN WINDOWS PRO 8.1 PRO UPGRADE (32 BIT DAN 64 BIT)




EDARAN PERISIAN MICROSOFT PROFESSIONAL PLUS 2016 (32 BIT DAN 64 BIT) DAN WINDOWS PRO 8.1 PRO UPGRADE (32 BIT DAN 64 BIT) DI BAWAH PROGRAM EDUCATION ALLIANCE AGREEMENT (EAA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.
2.      Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Maklumat KPM telah mengedarkan DVD Microsoft Professional Plus 2016 (32 Bit Dan 64 Bit) dan Windows Pro 8.1 Pro Upgrade (32 Bit dan 64 Bit) di bawah program Education Alliance Agreement (Eaa) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan pihak sekolah.
3.     Untuk makluman, DVD perisian diedarkan ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk kegunaan sekolah. Oleh itu, tuan boleh menghubungi PKG masing-masing untuk mendapatkan salinan perisian tersebut.
4.      Bersama ini dilampirkan surat siaran daripada Bahagian Pengurusan Maklumat KPM, KPM.SP.100/3/17(4) bertarikh 23 Disember 2015 untuk makluman pihak tuan.

5.      Segala perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  
Sekian.

SURAT SIARAN

Tuesday 2 February 2016

Sokongan Untuk Windows 8 Akan Berakhir Minggu Ini – Naik-Taraf Kepada Windows 8.1 Atau Windows 10

Microsoft sering menawarkan tempoh masa sokongan yang sangat lama untuk sistem operasi Windows mereka. Walaubagaimanapun, untuk Windows 8, ia sedikit berbeza. Perkara ini adalah kerana Windows 8.1 diposisikan sebagai Service Pack untuk Windows 8, sekaligus membuatkan sokongan untuk Windows 8 akan berakhir pada minggu ini.

Kemaskini patch terakhir untuk Windows 8 akan diperkenalkan pada minggu ini melalui Windows Update, dan selepas itu tiada sebarang kemaskini akan ditawarkan kepada pengguna sistem operasi berkenaan sekaligus menjadikan mereka yang masih menggunakannya terdedah kepada pelbagai ancaman sekuriti.
Untuk mengelak daripada perkara tidak diingini berlaku, pengguna boleh naik-taraf sistem operasi mereka kepada Windows 8.1 atau Windows 10 secara percuma.
Jika anda masih menggunakan Windows 8, kami mengalakkan anda menaik-taraf kepada Windows 10 sementara tempoh percuma yang ditawarkan oleh Microsoft masih tidak berakhir.

Sumber Rujukan: AMANZ

Thursday 14 January 2016

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.


Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum.Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda.
Frog VLE New User Log in (BM) from FrogAsia on Vimeo.

Tuesday 12 January 2016

Maklumat Makmal Baharu, Penggantian 2016 Makmal Komputer dan Pengurusan Pentadbiran Sekolah Berkaitan Peralatan Projektor dan Mesin Pengimbas


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita bersama-sama ini dikemukakan pautan baharu tersebut  yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya. Pengisian maklumat tersebut berakhir sebelum atau pada 29 Januari 2016 untuk dikemukakan kepada pihak BTP.

3. Pautan yang dimaksudkan ialah:

a. Maklumat Makmal Komputer Baharuatau https://docs.google.com/spreadsheets/d/1CoDa40fs-HvnEUTFbRrpBjOcVmGYzpwU_YighEyOs1U/edit?usp=sharing

    (Tuan/Puan boleh membuat penambahan senarai sekolah yang dikenal pasti memerlukan penggantian komputer di Makmal Komputer) 

c. Pengurusan & Pentadbiran Sekolah (Penggantian)atau https://docs.google.com/spreadsheets/d/11jlc11bvYj86k-Y8DA0O4YHg-BXb8_miLi8A6hLwJ1I/edit?usp=sharing
4. Kerjasama daripada  pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menurut perintah,

ROSLI BIN ZAINUDDIN
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Bagan Datoh
Tel : 05-6466384


Laman Utama


Selamat Datang ke Laman Rasmi Pusat Kegiatan Guru Bagan Datoh